Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi
sekalian,
Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf
begitu signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan tema Hari Guru yang diraikan
pada 16 Mei setiap tahun. Guru
dipandang tinggi sebagai pemangkin
pembangunan negara, pembentuk generasi
dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara
di samping memacu kejayaan rakyat.
Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard
Guru Malaysia diakui mampu
menjamin keberhasilan negara, antaranya
guru yang inovatif dan kreatif teras
kejayaan wawasan, guru berkesan
pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang
negara terbilang. Pada tahun ini, tema
“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 3
merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.
Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri
membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti
koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.
Sebagai golongan
profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana
idea, konsep atau
strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu
kepada generasi anak didik. Guru yang
inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur
dan sumber sedia ada
serta menjelmakannya sebagai elemen
sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif juga
mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar
daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung
mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal
insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam
mempermajukan
teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan
teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
Kesinambungan sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui transformasi yang
berbentuk dinamik dan progresif
yang akan direalisasikan oleh
para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan
berdaya saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
program bina upaya untuk meningkatkan amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana
transformasi
pendidikan secara keseluruhan. Objektif
Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak profesional,
berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih
besar.
Warga pendidik sekelian,
Pelbagai ganjaran
disediakan dan inisiatif direncana
oleh pihak kerajaan bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya
melalui pemberian dan
penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa 5 penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan
keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini
diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus
memberikan perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi
menghadapi
cabaran global.
Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan
beban tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan
itu, bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana
Menangani Isu
Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada
lima fokus utama bagi
menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan
kursus;
menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian;
mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan
bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan
sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan 6 ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan
oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam
menggalas tanggungjawab
melahirkan generasi masa depan
yang berjati diri,
berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat.
Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh
para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak
melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru
yang ada
di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk
menimba ilmu dan mempertingkat
kualiti diri. Setiap murid di mata dan
hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan
kebolehan
tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya
nescaya akhirnya mereka dapat menjadi
individu dan warganegara yang berdaya saing, berfikiran kreatif
dan kritis, berbudi pekerti mulia dan
sedar akan 7
kepentingan
amalan berterima kasih. Sekiranya
ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau
merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa
di sekolah
yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik
untuk murid-murid semua.
Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan.
Selaku pencetus,
penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai kedudukan tersendiri,
disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah
setiap daripada kita untuk
melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
Sebagai penutup,
ingin saya titipkan mutiara kata
Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah
membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka,
memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun
umat 8 dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara
untuk
memperbaharui gerak langkah”.
WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”!
DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Hari Guru 2012
