Kenapa Hari Guru DiSambut Pada 16 Mei ??
Sedikit maklumat yang nak dikongsi sempena hari guru yang disambut hari ini. Kenapa Hari Guru disambut setiap 16 Mei setiap tahun?boleh je kalau buat tarikh lain selain 16 Mei kan?16 Mei dipilih adalah sempena tarikh yang sama ada tahun 1956 iaitu sempena peristiwa penerimaan cadangan - cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran(Report of the Education Committee) oleh Majlis Undang - Undang Persekutuan Tanah Melayu sebagai Dasar Pelajaran untuk negara. Laporan tersebut adalah dikenali Laporan Razak(yang memeningkan kepala dalam subjek sejarah tingkatan 5 tu) yang menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak dari itu. Yang dibawah ni bukan lambang sekolah atau lambang kelab dan unit beruniform atau lambang kempen kitar semula tetapi adalah lambang Hari Guru.

So yang pasti, sambutan hari guru tak salah untuk disambut tidak seperti Valentine's Day. Jangan nak jadikan alasan untuk tidak menghargai guru anda pada hari ini.
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah mengajar kami dan kepada seluruh guru di Malaysia. Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan